:: MehJadiKawanOrg ::

:: RajaDrNazrinShah ::



assalammualaikum hi korang...baftihera just nak share kat sume...alhamdulillah rase best n beruntung sangat dapat melibatkan diri dengan program ni walaupun sekadar pertugas biase jer...pada korang yg xsempat nak join syarahan boleh je search tajuk syarahan kat bawah ni...
maybe pada korang yg xsempat nak join syarahan boleh je search tajuk syarahan kat bawah ni...org nye search keluar teks ucapan baginda di bawah ni..untuk renungan kita bersama...


Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menzahirkan enam unjuran yang perlu dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka, aman dan berdaulat.
Baginda bertitah, untuk itu, piagam awal yang telah dipersetujui bersama yang menjadi asas utama penubuhan Persekutuan Tanah Melayu perlu kekal dihormati dengan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif khususnya agama.
Menurut baginda, agama adalah perkara paling sensitif dan perbuatan melanggar sempadan agama secara keterlaluan dan terbuka dikhuatiri mencetuskan konflik yang memungkinkan persengketaan.
“Agama Islam jangan sama sekali dijadikan alat untuk memancing laba politik baik dalam kalangan umat Islam, lebih-lebih lagi dalam kalangan bukan Islam,” titah baginda pada majlis Syarahan Perdana Budaya berjudul ‘Institusi Raja Berperlembagaan: Kelangsungan Negara Bangsa’ di Hotel The Royale Bintang Damansara di sini semalam.
Program anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu turut dihadiri menterinya, Datuk Seri Rais Yatim serta Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli.
Raja Nazrin bertitah, unjuran kedua ialah memberi erti kepada prinsip kedua Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan negara dengan menghormati lambang negara termasuklah bendera negara, Jalur Gemilang dan lagu kebangsaan, Negaraku.
“Unjuran ketiga ialah mempertahankan ketelusan serta integriti pentadbiran kerajaan meliputi tiga cabang utamanya iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman yang di bawahnya terletak pelbagai instrumen pelaksana kerajaan.
“Ketenteraman awam dan kestabilan politik di negara ini juga perlu sentiasa dipelihara menerusi unjuran keempat iaitu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” titah baginda.
Baginda juga bertitah, konsep federalisme berasaskan Perkara-Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan merupakan unjuran kelima perlu difahami agar tidak ditafsirkan sebagai tidak menghormati kedaulatan Raja dan institusi Yang Dipertua di negeri-negeri.
Dalam unjuran terakhir, baginda mengingatkan pemimpin politik supaya berperanan memastikan suhu politik tidak terlalu panas selain tidak menjadikan pilihan raya sebagai satu peperangan sivil.






 antara item goodies..ade buku manuskrip syarahan Tun Dr Mahathir pada tahun lepas...belek punye belek de pulok gamba sa n the geng..mase ni jadi FOH...kenangan bersama Tun....

 ini la buku nye..baru diterbitan n korang leh dapatkan dengan harga yg sangat berpatutan...kalo nak leh roger org ye..hihihihi...
-
-
-
-
-
saje je kan kasi space....hihihihi bawah ni yg best menu HiTea die..bak kate bos penyelaras...menu yg dipilih adelah menu pilihan Raja Nazrin sendiri...yg paling die suke carrot cake....

 sorang kene ngadap 7 jenis kueh ni ye....bafti makan sume tinggal kan kueh lapis tu je...hihihih 





 sempat la kite org besalam ngan tuanku..ampun tuanku.....sembah patik harap diampun...
-
-
-
-
630ptg majlis selesai...jemputan besurai.....

 dah alang2 kat cini kan...teringat pulok meatball ikea....alhamdulillah dapat gak...

thanks dila sebab layan n teman k ira....dila muke penat...k
kla syabas kat urusetia...terbaek....
jumpe syarahan tahun depan na...
hihihihihih daaaaaaaaaaaa....take care uolz................ ;-)

No comments: